INISIATIF DI BAWAH PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) DALAM MENANGANI CABARAN COVID-19 – PENGECUALIAN DUTI EKSPORT KE ATAS MINYAK SAWIT MENTAH, MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH DAN MINYAK ISIRONG SAWIT YANG DIPROSES
Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967, bersetuju mengecualikan duti eksport ke atas pengeksportan minyak sawit mentah (crude palm oil – CPO), minyak isirong sawit mentah (crude palm kernel oil – CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (refined bleached and deodorized palm kernel oil – RBDPKO), yang dieksport bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.
CADANGAN PENGECUALIAN DUTI EKSPORT KE ATAS MINYAK ISIRUNG SAWIT MENTAH (CPKO) DAN MINYAK ISIRUNG SAWIT DIPROSES (RBDPKO)
Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 bersetuju mengecualikan duti eksport ke atas CPKO dan RBDPKO yang dieksport bagi tempoh mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2020. Walau bagaimanapun, sekiranya didapati pengeksportan ini menjejaskan keperluan sektor pemprosesan tempatan, pengecualian khas ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum tempoh pengecualian ini tamat.
CADANGAN PENGECUALIAN DUTI EKSPORT KE ATAS MINYAK SAWIT MENTAH (CPO)
Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 bersetuju mengecualikan duti eksport ke atas minyak sawit mentah (Crude Palm Oil-CPO) di bawah kod tariff 1511.10.0000 yang dieksport bagi tempoh mulai 1 Mei 2019 sehingga 31 Disember 2019. Pengecualian ini diberikan walaupun harga FOB CPO mencecah RM2,250 per tan metrik dan ke atas iaitu paras yang boleh dikenakan cukai.
KAJIAN SEMULA DUTI EKSPORT KE ATAS MINYAK SAWIT MENTAH
Selaras dengan kajian semula kadar duti eksport ke atas minyak sawit mentah yang telah dilaksanakan semasa pengumuman Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 yang lalu, YBMenteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 bersetuju mengecualikan duti eksport sebahagian ke atas minyak sawit mentah (Crude Palm Oil – CPO) di bawah kod tariff 1511.10.0000 yang dieksport bagi tempoh mulai 1 Januari 2020. Pengecualian duti eksport ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- pengecualian duti eksport sebahagian ini diberi kepada pengeksport CPO yang berlesen dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan lesen masih sah laku semasa pengeksportan dibuat;
- dengan pengecualian duti eksport sebahagian yang diberikan ini, kadar duti eksport baharu yang perlu dibayar oleh pengeksport CPO adalah seperti di dalam jadual di bawah dan
- kadar duti eksport baharu CPO ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 dan sehingga ia dikaji semula kelak.
Kadar Duti Eksport Yang Dikenakan Ke Atas Crude Palm Oil (CPO)
Di Bawah Kod Tarif 1511.10.0000
Harga Eksport CPO (FOB RM/Tan) |
Kadar Duti Eksport Baharu (%) Berkuatkuasa Mulai 1 Januari 2020 (%) |
< RM2,250.00 | NIL |
RM2,250 – RM2,400 | 3 |
RM2,401 – RM2,550 | 4.5 |
RM2,551 – RM2,700 | 5.0 |
RM2,701 – RM2,850 | 5.5 |
RM2,851 – RM3,000 | 6.0 |
RM3,001 – RM3,150 | 6.5 |
RM3,151 – RM3,300 | 7.0 |
RM3,301 – RM3,450 | 7.5 |
> RM3,450.00 | 8.0 |